Selasa, 1 Jun 2010

Flotila Gaza diserang Israel


BAITULMAQDIS 31 Mei - Sekurang-kurangnya 19 terkorban dan 30 lagi cedera apabila komando Israel hari ini menyerang flotila yang membawa beratus-ratus aktivis pro-Palestin dalam misi bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza, setelah mendakwa mereka menghadapi tentangan tidak disangka-sangka ketika menaiki kapal tersebut.

Sebuah badan amal Turki menyatakan bahawa kebanyakan mangsa yang maut terdiri daripada rakyat negara itu.

Kedua-dua belah pihak memberi maklumat berbeza-beza tentang apa yang berlaku dengan rejim Zionis mengarahkan semua maklumat berhubung mangsa yang cedera atau terbunuh dalam operasi kejam itu dihalang daripada disebarkan.

Berita terkini yang diperolehi menerusi khidmat pesanan ringkas daripada konvoi Life Line for Gaza (LL4G) dari Malaysia menyatakan bahawa satu daripada enam kapal dalam misi itu, Mavi Marmara telah diserang oleh helikopter tentera Israel pada pukul tujuh pagi waktu Mekah (kira-kira pukul 12 tengah hari waktu Malaysia).

Persoalan masih berlegar mengenai nasib penerima anugerah Nobel Keamanan 1976, Mairead Corrigan Maguire dari Ireland Utara dan ahli Parlimen Eropah yang juga bangsa Yahudi yang terselamat dari Holocaust, Hedy Epstein, 85.

Sementara itu, nasib wartawan Malaysia dari saluran Astro Awani, Ashwad Ismail dan Shamsul Kamal Latip masih belum diketahui, namun enam lagi rakyat Malaysia lain berada dalam keadaan selamat.

'Flotila Pembebasan' itu menuju ke Gaza dalam misi untuk menarik perhatian dunia mengenai kepungan selama tiga tahun rejim Zionis ke atas wilayah Palestin itu selepas pergerakan Hamas mengambil alih kuasa di sana.

Kumpulan kapal itu mula menuju Gaza dari perairan antarabangsa Cyprus pada pukul tiga petang (pukul lapan malam tadi waktu Malaysia), dengan harapan dapat memasuki perairan Gaza pada waktu siang,

Enam jam selepas bertolak, tiga bot peluru berpandu Israel meninggalkan bandar Haifa untuk memintas flotila itu.

"Amat menjelikkan bila mereka naik ke atas kapal dan menyerang orang awam. Kami adalah orang awam," kata jurucakap pergerakan Free Gaza, Greta Berlin yang menganjurkan flotila itu.

Hamas hari ini turut menyeru negara-negara Arab dan umat Islam 'bangkit' mengadakan protes di hadapan Kedutaan Israel di seluruh dunia bagi membantah tindakan pasukan tentera laut rejim Zionis Israel itu,

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengutuk serangan itu dan menyifatkannya sebagai 'pembunuhan besar-besaran' sementara Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa menyifatkan ia sebagai 'jenayah' ke atas misi kemanusiaan.

Moussa juga meminta mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil oleh badan yang dianggotai 22 negara Arab itu terhadap 'tindakan pengganas' Israel ke atas flotila bantuan antarabangsa itu.

Flotila tiga kapal kargo dan tiga kapal penumpang itu mengangkut 10,000 tan bahan bantuan dan 700 aktivis yang dilarang oleh rejim Zionis seperti simen dan bahan-bahan pembinaan lain.

Ini adalah kali kesembilan pergerakan Bebaskan Gaza cuba membawa masuk bantuan kemanusiaan ke Gaza sejak Ogos 2008.

Israel membenarkan kapal seumpamanya masuk lima kali tetapi telah menarik balik kebenaran itu daripada memasuki perairan Gaza sejak serangan ketenteraan Zionis ke atas Gaza pada Disember 2008 hingga Januari 2009. - AFP/AP/Utusan

PRIHATINKAH ANDA?



Mutakhir ini kita acapkali digemparkan dan dikejutkan dengan pelbagai isu keruntuhan moral masyarakat kita dan yang paling hangat dan heboh diperkatakan samada dalam media cetak mahupun media elektronik ialah tentang isu pembuangan bayi yang sehingga kini masih tidak nampak hujung pangkal penyelesaiannya. Hari demi hari ada saja yang cuba membuang bayi di merata-rata tempat hasil daripada persetubuhan haram sehingga terlanjur mengandungkan anak luar nikah. Masalah ini yang kebanyakannya berlaku dalam kalangan remaja semakin hari semakin meruncing. Bahkan sabah hari kita digermparkan dengan isu-isu pembuangan bayi terpampang di dalam dada-dada akhbar. Lebih menyayat hati pabila ada bayi yang dibuang sehingga digigit semut, terputus telinganya digongong anjing, dilonggok dalam kawasan sampah-sarap sehingga berubat dan bermacam-macam lagi.


Bayi-bayi yang tidak berdosa ini ibarat kain putih yang masih suci dan bersih dalam di sebabkan kesempitan akal sesetengah pihak yang cuba mengambil jalan mudah dengan membuang anugerah dari Tuhan ini ke merata-rata tempat bagi mengelak keaiban diri sendiri akibat dari perbuatan persetubuhan haram ini. Manusia kini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan akal dalam tindakan. Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan kenikmatan daripada perhubungan haram ini dapat dirasai secara berulang kali tanpa ikatan sah dan akhirnya hasil anak luar nikah dalam kandungan ini dibuang begitu saja tanpa rasa bersalah. Bila perut mula mengembung, pasangan mula menggelepur ketakutan. Si lebah mula menghilangkan diri entah ke mana setelah kenikmatan dirasai sehingga terlanjur dan memberi tekanan kepada si Bunga untuk menggugurkan kandungan akibat malu dan hina diaibkan sehingga heboh sekampung.


Persoalan utama yang berlegar-legar dalam minda adalah Adakah manusia zaman sekarang tidak mempunyai hati perut sehingga sanggup membuang bayi mereka di merata-rata tempat sehingga busuk dan berulat? Di manakah perikemanusiaan dan harga diri atau maruah masyarakat sekarang, jika bayi tidak berdosa yang sepatutnya dibelai dengan kasih sayang dibuang begitu saja. Sedangkan haiwan sayangkan anaknya, inikan pula manusia yang perlu bertanggungjawab untuk memelihara zuriatnya. Malah tidak keterlaluan saya katakan bahawa kita kini kembali ke zaman Jahiliah semula di mana masyarakat Jahiliah sanggup berbuat apa saja ke atas anaknya akibat dari keruntuhan moral dan akidah dalam diri.


Secara amnya, kita juga tidak wajar menunding jari ke arah mereka sahaja. Jika dilihat dari sudut perspektif yang luas, persekitaran banyak mempengaruhi mereka terjebak dalam kancah penghinaan ini. Kebanyakan remaja-remaja terlanjur ini mempunyai latar belakang yang hampir sama. Kebanyakannya datang dari keluarga yang bermasalah. Pengaruh rumah tangga memberi kesan terhadap pembentukan personaliti anak-anak khusunya apabila mereka meningkat remaja. Keluarga yang bermasalah inilah yang membentuk kesan negatif ke atas anak-anak mereka sendiri yang akhirnya cuba keluar dalam kepompong masalahan ini dengan mencari teman yang baru yang dapat mengubati keresahan mereka ini dengan memenuhi keperluan kewangan, hiburan, dan perkembangan emosi mereka. Tanpa disedari dan dikawal oleh ibu bapa, dari sinilah terbentuknya kelakuan negatif dan kebebasan diri mereka untuk terus merencana kehidupan sendiri mengikut kehendak hati tanpa pengawasan orang lain.Persekitaran inilah remaja mula belajar pelbagai perkara dan terjebak dengan gejala sosial yang akhirnya membawa kepada ketelanjuran.


Persekitaran yang lain juga membantutkan perubahan positif dalam diri remaja jika tidak dapat mengenal yang mana benar dan yang mana salah.Remaja kini juga dihambat kemewahan dan kemodenan di era globalisasi ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan nilai-nilai murni dalam diri. Pengaruh sosialisasi yang tidak terkawal menyebakan remaja muda masa kini terumbang-ambing dalam mengemudi kehidupan sehinggakan lupa akan akidah agama yang perlu diterapkan dalam jiwa.


Asas penting yang perlu kita kembali adalah dari soal AGAMA.

Jika seseorang itu berpegang teguh kepada Agama, saya pasti perkara ini tidak akan berlaku. Apa jua agama pun melarang membuang kurnian Tuhan dan menyuruh kita saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Jika ini dapat diterapkan, minda masyarakat akan lebih kehadapan dan gejala sosial dapat diselesaikan. Setiap Agama mengajar kita apa yang baik dan apa yang jahat. Kita sebagai manusia harus mempunyai akal yang waras untuk menentukannya.


Kaedah yang perlu dikenakan kepada tindakan sesetengah pihak yang buta perut dan sanggup membuang bayi-bayi ini di jalanan adalah hukuman yang berat agar ia akan menjadi sebuah pengajaran dan tauladan kepada orang ramai agar tidak melakukan gejala ini lagi daripada terus berleluasa. Selain itu, kerajaan juga perlu mewujudkan sebuah penggerak anti-pembuangan bayi agar terus melakukan pantauan dari semasa ke semasa dan melakukan tangkapan pihak-pihak yang melakukannya. Di samping itu, rohaniah dalam diri mereka jiga perlu diterapkan kembali melalui program-program agama, sukan, ceramah motivasi dan persatuan. Dengan cara ini, kita dapat melibatkan para remaja daripada melakukan aktiviti yang tidak sihat. Kempen-kempen juga perlu juga diperluaskan di setiap pelusuk negeri bagi menyuntik lagi kesedaran dalam diri remaja agar usaha ini memang berbaloi. Dalam konteks ini, semua usaha ini perlu bermula sejak mereka di bangku sekolah lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya agar mereka sedar betapa mahalnya kurniaan maruah diri kepada setiap manusia supaya tidak disalah-guna dan akhirnya membawa kepada kelahiran anak luar nikah.


Sebagai penggulungan, ditegaskan sekali lagi bahawa masalah ini tidak akan menemui penyelesaian jika semua pihak asyik menunding jari ke arah sebuah pihak sahaja tanpa memikirkan dari sudut yang luas. Masyarakat janganlah bersikap acuh tidak acuh dalam masalah ini bahkan turut membantu bekerjasama bersama pihak lain menanganinya dengan lebih berkesan dan efiksyen. Seharusnya diingatkan bahawa Anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai kepada pasangan manusia yang seharusnya lahir daripada ikatan perkahwinan yang suci dan sah kerana secara fitrahnya setiap manusia berhajat dan mengharapkan kurniaan itu dilahirkan sempurna dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Justeru, mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk menjaga amanah Allah ini mencakupi segala keperluan fizikal, mental dan material.


-Mohamadhakim

Ahad, 18 April 2010

Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor


P. Kamalanathan, calon Barisan Nasional (dua dari kiri) bersama calon Bebas SV. Chandran (kiri); Datuk Zaid Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat) dan Johan Md. Diah (Bebas) di pusat penamaan alon di Kuala Kubu Bahru, semalam.

Assalamualaikum

Sejak akhir-akhir ini, heboh diperkatakan mengenai Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan berlansung pada 25 April ini.

Pertarungan ini begitu sengit 2 Parti Bebas juga mengambil bahagian untuk bertarung memenangi kerusi parlimen ini. Calon Barisan Nasional (BN), P. Kamalanathan,44, Calon Parti Keadilan Rakyat, PKR, Datuk Zaid Ibrahim, 59, dan Parti Bebas iaitu bekas Timbalan Pengerusi MIC Hulu Selangor, VS. Chandran, 56 serta seorang peniaga, Johan Md.Diah, 31.

Kerusi Parlimen ini kosong berikutan kematinan penyandangnya, Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang, akibat barah otak, kira-kira 9.27 pada 25 Mac lalu.

Zainal Abidin, 71, merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Dalam pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon BN, Datuk G.Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.

Kawasan Parlimen itu mempunyai 64,500 pengundi di tiga Dewan Undangan Negeri iaitu Ulu Bernam, Kuala Kubu Bahru dan Batang Kali.

Daripada jumlah itu, DUN Batang Kali mencatatkan jumlah pengundi tertinggi iaitu 27,832 pengundi diikuti Kuala Kubu Bahru (18,212 pengundi) dan Hulu Bernam (17,149 pengundi).

Dan selepas ini, adakah PKR akan mengekalkan Kerusi Parlimen Hulu Selangor ini atau dirampas kembali oleh BN atau Parti Bebas yang akan mencipta sejarah memenangi Kerusi Parlimen di kawasan ini.

Walau sesiapapun yang menjadi Wakil Parlimen di kawasan ini, diharapkan akan memajukan kawasan ini dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada penduduk kawasan ini.
Buka hanya pandai berhujah dan perpidato di Parlimen saja, tetapi Wakil Rakyat juga perlu tahu tanggungjawab dan khidmat mereka kepada masyarakat. Tahu-menahu kesusahan rakyat dan sentiasa turun padang mendengar keluhan rakyat.

-Mohamadhakim
-Bernama

Jumaat, 16 April 2010

17 April "Hari Tahanan Palestin"





Assalamualaikum wbt

Adakah Salahuddin Al-Ayubbi akan kembali lagi merampas Jerusalem dari tangan kaum Yahudi?
Aku menunggu kehadiran Seorang Panglima Islam yang akan mengembalikan Bumi Palestin dari cengkaman Palestin. Umat Islam bersatulah demi pembebesan Palestin dan Masjid Al-Aqsa. Mahukah kita melihat saudara Islam sendiri merana ,dibunuh kejam, dirogol, dizalimi, diperlakukan bak binatang, ditindas di negeri sendiri, dihina, dikutuk, dan lain-lain lagi. Adakah kita tidak mempunyai perasaan simpati dan belas kasihan terhadap mereka? dimanakah nilai-nilai kasih sayang sesama umat Islam dalam diri kita? Sanggupkah kita memandang begitu saja? Menutup sebelah mata kerana takut kuasa besar menguasai kita? Kenapa kita tidak peduli tentang mereka? Setiap hari mereka dibunuh dengan kejam dan terpampang di muka-muka depan akhbar, di corong-corong kita sehinggakan kita lali membacanya. Dimana kesedaran kita? Kenapa kita begitu prihatin dengan pembuangan bayi baru-baru ini? Semua pihak mahu ambil tindakan tegas. Dari pihak bawahan hingga pihak atasan prihatin terhadap ini. Namun adakah kita terfikir, di Palestin lagi teruk keadaannya? Setiap hari tidak kira bayi malahan orang tua pun dibunuh kejam. kenapa pula kita tidak prihatin? mana mulut kita? mana semangat kita? mana azam kita mempertahankan islam? mana kecaman kita? Jangan cuma membisu di OIC, di PBB malahan kita perlu bersuara dan bersatu menggoncang dunia dalam masalah ini. Bersatu, bersatu dan bersatu. Allahuakhbar. Biarkan laungan Kalimah Allahuakhbar kita menggegar satu pelusok dunia agar suara-suara rakyat palestin yang tertindas akan di dengari.

Wassalam

Palestin..Apa yang Dapat Kami Bantu..?




Sebenarnya kisah Palestin tenggelam dan timbul, kerana banyak isu lain yang lebih diutamakan di dalam akhbar-akhbar dan media massa. Sehinggalah beberapa hari ini israel semakin mengganas dan membunuh lebih 300 orang Palestin.

Apa hebatnya Palestin sehingga semua umat Islam perlu mengambil cakna kepadanya?

Palestin dianggap tanah suci umat Islam berdasarkan firman ALlah yang bererti :

"Wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci yang telah ALlah subahanahu wa ta'ala telah perintahkan bagi kamu sekalian" (Surah al Maidah : Ayat 21)


Palestin adalah tanah yang diberkati ALlah. Firman ALlah yang bererti :

"Maha Suci ALlah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjid al Haram ke Masjid al Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya." (Surah al Isra' : Ayat 1)


Firman-Nya lagi yang bererti :

"Dan telah Kami tundukkan untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintah-Nya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah al Anbia' : Ayat 80)


Di tanah itu terdapat Masjid al Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama sebelum ditukar ke Masjidil Haram menghadap Kaabah. RasuluLLah telah bersabda yang bererti :
"Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid; Masjid al Haram, masjid ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al Aqsa. " (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)

Di bumi ini, terdapat ramai pesuruh ALlah yang diutuskan antaranya adalah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Luth. Di sini juga adalah bumi Nabi Muhammad sallaLLahu 'alaihi wasallam di isra'kan.

ALlahu..ALlah...

Bangunlah Wahai Pahlawan Islam

Di bumi ini, ia pernah diperintah oleh Kristian selama 88 tahun (1099-1887). Dan akhirnya jatuh di tangan pahlawan Islam yang terkenal iaitu Salahuddin al Ayyubi seorang bangsa Kurdi yang bukan dari bangsa Arab. (Siapa yang berjuang di atas nama Islam, pasti ALlah akan tingkatkan darjatnya).

Negara haram Yahudi telah tertubuh melalui British yang mengisytiharkan menerusi Perjanjian Bulfor pada 2 November 1917 dan mendapat persetujuan Amerika Syarikat pada 31 Ogos 1918.

Pelajar Melayu yang belajar di Mesir pernah berjuang dengan menubuhkan Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) yang kemudiannya ditukar nama kepada Persekutuan Melayu Mesir (1952) dan akhirnya nama yang terakhir adalah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM (1971) bersama-sama kerajaan Mesir pada masa itu untuk memerangi tentera Israel yang bergabung dengan Perancis dan British. Pada 29 Oktober 1956, di atas semangat persaudaraan Islam PMRAM telah menyertai tentera Mesir memerangi tentera musuh hingga ke perbatasan Suez. Manakala pelajar-pelajar yang tidak berkeupayaan menyertai jihad ini telah memberi sumbangan dengan menderma darah..

Golongan siswi pula tidak ketinggalan memberikan sumbangan menerusi khidmat menjahit pakaian tentera.

Mereka Saudara Kita

Dan kini bumi Palestin telah digemparkan lagi dengan peristiwa pembunuhan yang seolah-olah tidak akan sehabis-habisnya sehinggalah Yahudi melalui Israel Zionis menguasai setiap inci tanah Palestin. Namun yang perlu kita fikirkan adalah nasib saudara-saudara seIslam yang terkorban dan al Aqsa di bawah penguasaan Israel Zionis.

Apa yang dapat kami bantu wahai saudaraku...

1. Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, rakan-rakan yang sedar dan cintakan saudara seIslam serta al Aqsa, sampaikanlah kepada mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana. Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaLLah.

2. Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan maka bolehlah menderma di sini.

3. Sampaikan berita-berita terkini mengenai palestin dan umat Islam di negara lain melalui emel, YahooGroup, sms, mms, majalah dan sebagainya sebagai medium penyampaian untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya tentang penderitan rakyat Palestin.

4. Anda boleh berusaha untuk memboikot barangan atau pengeluar yang membantu Israel dalam membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di Palestin.

5. Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis, atau seorang yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyelamatkan tanah Palestin, al Aqsa dan umat Islam silalah untuk menulis surat, menulis artikel, petisyen. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang berautoriti dan benar-benar sayangkan Islam akan memanjangkannya kepada pihak atasan, kedutaaan dan lebih dari itu OIC.

6. Sekiranya anda seorang penulis blog, admin laman web, pereka grafik yang kreatif membuat widget bolehlah memaparkannya di blog dan web masing-masing. Disarankan juga untuk memakai baju 'bebaskan palestin' contohnya.

7. Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga umat Islam di seluruh dunia juga kepada pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing.

Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan ALlah memandang kita sebagai Muslimin yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya.. Insya ALlah.

Sumber Rujukan :

1. Prof Madya Dr Mohsen M. Salleh, Isu Palestin, Latarbelakang dan Kronologi Perkembangannya Sehingga Tahun 2000, 2001, Fajar Ulung, Kuala Lumpur

2. AbduLlah Nasir Ulwan, Pejuang Pembaharuan Salahuddin Al Ayyubi, Cet Pertama 1999, Darul Nu'man, Kuala Lumpur

3. Ibnu Ismail, Nostalgia Syuhada' Palestin, Cet Pertama 2003, al Qassam Library, Pahang

Rabu, 14 April 2010

Kenali Hizbut Tahrir




Assalamualaikum WBT
Salam Perjuangan..

Hizbut Tahrir (bahasa Arab: حزب التحرير, maksud Parti Pembebasan) adalah sebuah parti politik antarabangsa yang berideologi Islam. Politik merupakan kegiatannya dan Islam adalah ideologinya.

Hizbut Tahrir berjuang untuk menjadikan Islam sebagai permasalahan utamanya serta untuk mendirikan kembali sistem kekhilafahan.

Hizbut Tahrir merupakan jemaah politik, bukan jemaah kerohanian (seperti tarekat), bukan badan ilmiah (seperti lembaga agama atau badan penelitian), bukan institusi pendidikan (akademik), dan bukan pula pertubuhan sosial (yang bergerak di bidang sosial dan kema­syarakatan). Idea-idea Islam menjadi jiwa, inti dan sekaligus rahsia kelangsungan kelom­poknya.

Latar Belakang Hizbut Tahrir


Hizbut Tahrir didirikan berdasarkan ayat:

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

"(Dan) hendaklah ada di antara kalian segolongan umat (jamaah) yang menyeru kepada kebaikan (mengajak memilih kebaikan, iaitu memeluk Islam), memerintahkan kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang beruntung." (Surah Ali ‘Imran: 104)

Hizbut Tahrir bermaksud membangkitkan kembali umat Islam, membebaskan umat dari idea-idea, sistem perundangan, dan hukum-hukum bukan Islam serta membebaskan mereka dari cengkaman dominasi dan pengaruh negara asing. Ia juga bermaksud membangun kembali Daulah Khilafah Islamiyah bagi menerap kembali hukum yang diturunkan Allah SWT.

Tujuan Hizbut Tahrir


Hizbut Tahrir bertujuan mengembangkan kehidupan Islam dan mengembang dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia. Tujuan ini bererti mengajak kaum muslimin kembali hidup secara Islami dalam Darul Islam dan masyarakat Islam. Di mana seluruh kegiatan kehidupannya diatur sesuai dengan hukum-hukum syara'.

Ia juga bertujuan menegakkan pemerintahan di bawah naungan Daulah Islamiyah, iaitu Daulah Khilafah, yang dipimpin oleh se­orang Khalifah yang diangkat dan dibai'at oleh kaum muslimin untuk didengar dan ditaati agar menjalankan pemerintahan berdasarkan Kita­bullah dan Sunnah RasulNya, serta mengembang risalah Islam ke seluruh penjuru dunia dengan dakwah dan jihad.

Hizbut Tahrir bermatlamat untuk me­ngembalikan kedudukan umat seperti masa kejayaan dan keemasannya seperti dulu, di mana umat akan mengambil alih pemerintahan negara-negara dan bangsa-bangsa di dunia ini.

Negara Khilafah akan kembali menjadi negara nombor satu di dunia sebagaimana yang terjadi pada masa silamnya ­yakni memimpin dunia sesuai dengan hukum-hukum Islam. Hizbut Tahrir bertujuan untuk me­nyampaikan hidayah (petunjuk syari'at) bagi umat manusia, memimpin umat Islam untuk menentang kekufuran beserta segala idea dan peraturan kufur, sehingga Islam dapat menyelimuti bumi.


Sumber; Wikipedia

Maklumat lanjut Hizbut tahrir Malaysia - http://www.mykhilafah.com/

Sabtu, 20 Mac 2010

Merokok Adalah Haram


Islam menekankan kepada setiap umatnya supaya memelihara kesihatan jasmani dan rohani. Setiap benda yang apabila digunakan mendatangkan kemudharatan kepada manusia adalah diharamkan seperti firman Allah:
''....Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan..." (Al-Baqarah:195)

Pandangan Ilmuan Islam mengenai Hukum Merokok

Dr. Yusuf Al-Qardawi di dalam fatwa Muasirah berkata, "Dari Penjelasan diberikan, saya berpendapat, pandangan yang menghalalkan merokok tidak dapat diterima sama sekali. Malah, pendapat sebegitu boleh dianggap salah. Justeru, kita hanya mempunyai dua pilihan hukum: makruh ataupun haram. Berdasarkan kajian terkini, penetapan hukum haram adalah lebih tepat di sudut alasan dan hujahnya.

Sesungguhnya Islam telah menetapkan bahawa tidak boleh melakukan dhorar (memudharatkan orang lain) dan dhiror (membalas perbuatan orang lain dengan kemudharatan). Kajian sains dan perubatan semasa telah membuktikan merokok banyak membawa kesan negatif kepada perokok dan mereka yang berada di sekeliling perokok tersebut.

Perbezaan Imej
Scan Otak Perokok dan Bukan Perokok

Dunia sains telah mengenalpasti sebab-sebab yang menyukarkan seseorang untuk berhenti merokok dan punca utamanya ialah ketagihan terhadap nikotin.



Terdapat perbezaan yang jelas di antara otak perokok dan otak bukan perokok.

Fatwa-fatwa yang dikemukakan:-


"..Memandangkan bahaya yang berpunca daripada tembakau, maka merokok diputuskan sebagai haram.."

Sheikh Abdul-Aziz Abdullah Bin Bazz,
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Akademi Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi.

"..Kami berpendapat haram merokok, mengimportnya, mengeluarkannya dan menjalankan perniagaan di dalamnya.."
Ulama Al-Azhar Lujnah fatwa di Al-Azhar mengeluarkan fatwa mengenai menghisap rokok (ad-dukhan).

"..menghisap rokok adalah haram dalam Islam.."
Fatwa oleh Bekas Mufti Mesir
Dr. Nasir Farid Wasil

"..Adalah cukup jelas, lambat laun merokok dalam bentuk dan tujuan apapun akan merosakkan kesihatan dan merugikan wang perokok. Ia juga menjadi punca pelbagai penyakit. Justeru itu, berasaskan bukti berkenaan, merokok mestilah diharamkan.."
Sheikh Gadul Haq Ali Gadul Haq,
Imam Besar Masjid Al-Azhar.

Fatwa Merokok di Malaysia

Usaha ini telah diambil oleh beberapa Mufti Negeri-Negeri di Malaysia dan mengemukakan fatwa bahawa rokok adalah HARAM di negeri tersebut. Negeri-negeri tersebut ialah Pahang, Kedah dan Selangor.



Kawasan Larangan Merokok Mengikut

PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004 SUBPERATURAN 11(1)- TEMPAT-TEMPAT DI LARANG MEROKOK.

-Pusat Hiburan atau Teater
-Hospital dan Klinik
-Lif dan Tandas Awam
-Tempat Makan atau Kedai Berhawa Dingin
-Kenderaan Awam atau Hentian Pengangkutan Awam
-Mana-mana bangunan yang diwartakan
-Lapangan Terbang
-Premis Kerajaan
-Kawasan Perhimpunan
-Kawasan institusi pendidikan dan institusi pendidikan tinggi
-Kawasan taman asuhan kanak-kanak
-Bas Sekolah
-Kaunter perkhidmatan di dalam bangunan
-Kompleks membeli-belah
-Stesyen Minyak
-Stadium, Kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium
-Bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
-Perpustakaan
-Kafe Internet
-Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Sumber
Kementerian Kesihatan Malaysia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Youtube.com

Kesimpulannya
Berhentilah merokok dan Elakkannya agar Kesihatan kita sihat dan cergas berpanjangan.

-Mohamadhakim-

Rindu dan Air Mata di Ktzi'ot


Assalamualaikum wbt.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya membaca sebuah buku yang menceritakan tentang
Sebuah kisah yang memaknai hati, kisah Ibrahim Pasha lelaki yang tahu maknanya hidup. Sedari kecil, hidupnya diwarnai merah darah daripada pembunuhan ibu bapanya oleh Rejim Zionis. Ironinya, dia dibesarkan oleh Nati Najaj seorang wanita Yahudi yang berhati mulia.

Ibrahim Pasha yang tika dewasanya, dijemput pula hatinya kepada seorang gadis Yahudi, di Ktzi'ot. Anastasya Yenti, meski berlainan agama, hati mereka tetap menyatu, sehinggalah pada satu saat sesuatu terjadi di Ktzi'ot, tanah Lebanon yang bermandi darah. Pasha perlu memilih antara cinta dan negara.

Kisah ini begitu menyayat hati dengan pelbagai liku-liku hidup yang terpaksa dilalui Ibrahim Pasha untuk memperjuangkan saudara sesama Islamnya di Lebanon. Dalam buku ini juga, kita dalam melihat pelbagai seksaan yang dilakukan oleh Yahudi di penjara terutama kepada Pejuang Islam dan konspirasi Yahudi dan Amerika yang cuba menyembunyikan seksaan dari pengetahuan Dunia.

Buku yang terbaik untuk menyedarkan umat Islam supaya bersatu untuk menjatuhkan rejim Israel yang semakin hari semakin bermaharajalela menceroboh dan membunuh manusia tanpa perikemanusiaan.

Wassalam.

-Mohamadhakim-

Jumaat, 19 Mac 2010

Aku Mencari Sebuah Cahaya Suci



Aku Mencari,

Mencari dan terus mencari

Harapan yang suatu tika nanti

Dapat kutemui…

Sudah lama ku mencari..

Ketenangan seperti ini

Yang sekian lama ku merindui

Untuk aku benar-benar mengenali diri


Aku mencari

Mencari dan terus mencari

Sebuah makna yang kekal abadi

Membawa sinarnya menerangi kegelapan ini

Yang sekian lama sunyi dan sepi

Kegelapannya melalaikan diri

Membawa daku ke dasar yang tidak dapat ku fahami

Makna sebuah perjuangan suci


Aku mencari

Mencari dan terus mencari

Ketenangan yang tidak pernah ku temui

Hadirnya menusuk kalbu ini

Hingga titisan yang tidak bermakna lagi


Namun mengapa sukar ku gapainya kembali

Semakin hari semakin jauh kau lari bersembunyi

Biar pun jauh beribu batu sanggup ku jejaki

Biar pun panas terik membakar diri sanggup ku redahi

Biar pun tinggi mencakar langit sanggup ku daki,

Biarpun dalam ke dasar lautan sanggup ku selami

Untuk mencari sebuah yang bermakna dalam diri

Sebuah cahaya dari illahi

Membawa sinar menerangi alam fana ini.


Bilakah tiba waktunya

tidak sabar ku mengubahnya
walau sikit tetap ku impikannya

agar dapat ku membawa sinar agama ini

Kembali menerangi dalam diri

Ku angkatkan pedang sakti

Menggoncang dunia memecah tradisi


Aku mencari

Mencari dan terus mencari

Ku pasti suatu hari

Akan ku gengam dan semat di hati

Biar ku kunci sampai mati

Ku teguhkan sinarnya

agar menerangi kegelapan ini

Pancarannya membawa ketenangan yang indah

Begitu sukar menyatakan

Namun hanya segelintir dapat merasakan

Jika diberi keredaanNya


Ku mencari

Mencari dan terus mencari

Sebuah perjuangan hakiki

Yang akan ku bawa sampai ke mati


Ku mencari

Mencari dan terus mencari

Sebuah Keimanan yang terus teguh di hati

Yang akan ku bawa menemui illahi


Ku mencari

Mencari dan terus mencari

Sebuah makna hidup yang penuh beerti

Yang akan membahagiakan hari-hari esok nanti.


Ku mencari

Mencari dan terus mencari

Ku percaya ku takkan lagi berubah hati

Ianya tetap di sanubari

Yang kekal abadi hingga ke alam syurgawi.


Ku mencari

Mencari dan terus mencari

Sinaran cahaya yang menjadi pedinding diri

Agar ku tidak menyesal di kemudian hari.


Ku mencari

Mencari dan terus mencari

Suatu perubahan yang membawa diriku ke landasan hakiki

agar ku lebih mengenali diri hina ini.


Ku mencari

Mencari dan terus mencari

Sebuah cahaya suci

Yang dapat menerangi kegelapan hati ini........


Coretan dari lubuk hari
nukilan yang penuh beerti
Pencariannya insyallah akan ku gapai suatu hari nanti.



-Mohamadhakim-

Rabu, 17 Mac 2010

Mengapa Perlunya Kita Terus Berjuang Untuk Palestin????






Isu Palestin berkisar tentang soal Akidah dan Keimanan.
Kewajipan membebaskannya terpikul dibahu setiap Muslim.

"Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan Umat Islam,
maka dia bukanlah dari kalangan mereka." (Hadis Nabi SAW)

Palestin merupakan :-

1. Kota Suci bagi para Nabi terdahulu sebelum kelahiran Rasulullah SAW.
2. Bumi ini adalah warisan para Nabi yang diamanahkan kepada Rasulullah SAW dan juga kaum
Muslimin.
3. Kota yang menjadi bukti Rasulullah di Israkkan dan di Mikrajkan ke Langit.
4. Kiblat pertama dan Masjid Suci yang ketiga.
5. Tanah Waqaf bagi kaum Muslimin.
6. Tempat penuh bersejarah dalam Ketamadunan Islam.
7. Peristiwa Akhir Zaman akan berlaku disini.

Oleh itu, Marilah kita Umat Islam bersatu teguh untuk menentang Rejim Zionis yang saban hari meratah daging Umat Islam di Palestin dengan kejam dan penuh seksaan. Bebaskan Rakyat Palestin dari belenggu Dajjal Israel dan bersamalah berjuang di atas namaMu YA ALLAH. Marilah bersama Membuka Mata Dunia melihat kekejaman tentera Israel ini. Ayuh lah Pemimpin Islam Dunia untuk terus bersuara mempertahankan hak dan kebebasan Palestin. Allahuakhbar!

Isnin, 15 Mac 2010

Perjuangan Yang Belum Selesai




Renungkanlah, Fikirkanlah dan Perjuangkanlah.

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat,
dari melihat bangsaku dijajah.
Tidak ada yang lebih menyedihkan,
dari membiarkan bangsaku dihina.
Air mata tiada ertinya,
sejarah silam tiada maknanya,
sekiranya bangsa tercinta terpinggir,
dipersenda dan dilupakan.

Bukan kecil langkah wira bangsa,
para perjuang kemerdekaan,
bagi menegakkan kemulian,
dan darjat bangsa.
Selangkah bererti mara,
mengharungi sejuta dugaan.

Biarkan bertatih,
asalkan langkah itu yakin dan cermat,
bagi memastikan negara,
merdeka dan terpelihara.
Air mata sengsara,
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.

Tugas kita bukan kecil,
kerana mengisi kemerdekaan,
rupanya lebih sukar,
dari bermandi keringat dan darah menuntutnya.

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan,
kerana bangsaku asyik mengiya dan menidakkan,
mengganguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara,
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata,
dan meminta-minta di negaranya sendiri.

Bukan kecil tugas kita,
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita,
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya,
bukankah sejak zaman berzaman,
mereka menjadi pelaut, pengembara,
malah penakluk terkemuka.
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga,
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang.

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera,
menjajah dunia yang tak dikenali.
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau,
yang tidak mengenal erti takut dan kematian.

Di manakah silap hingga bangsaku,
merasa begitu kecil dan merendah diri.
Apakah angkara penjajah,
lalu bangsaku mulai melupakan,
kegemilangan silam,
dan sejarah gemilang membina empayar.

Tugas kita belum selesai rupanya,
bagi memartabat dan memuliakan bangsa,
kerana hanya bangsa yang berjaya,
akan sentiasa dihormati.

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita,
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya,
tetapi mengangkat darjat dan kemulian,
buat selama-lamanya.

Hari ini, jalan ini pasti berliku,
kerana masa depan belum menjanjikan syurga,
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.

Perjuangan ini belum selesai,
kerana hanya yang cekal dan tabah,
dapat membina mercu tanda,
bangsanya yang berjaya.

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Malam Puisi Utusan, 14 Mei, 1996.



Melayu Mudah Lupa




Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak

Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya teriak

Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya haprak

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua

Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya hina

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa

Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya derita

Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil

Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya terpencil

Melayu mudah lupa

Tiada daulat

Tiada maruah

Tiada bebas

Melayu mudah lupa

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa

Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah! Ingatlah!! Ingatlah Wahai bangsaku!
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...
..


Kekalkan Perkampungan Tradisional Pelbagai Kaum

Assalamualaikum

Istilah "kampung" dirujukkan pada satu wilayah yang penduduknya lebih kurang dari 10,000 sama ada di kawasan subbandar atau sebuah negeri, dan dipimpin oleh Penghulu. Ia juga merujuk kepada penempatan luar bandar yang di diami manusia yang semakin hari semakin musnah dan dilupakan dek kerana pembangunan moden di kawasan tersebut.

Di Malaysia, terdapat banyak jenis kampung yang dapat kita klasifikasikan antaranya Kampung Melayu, Kampung India, Kampung Cina dan lain-lain lagi. Kebanyakan seni bina kampung-kampung tradisional ini memiliki seni bina yang begitu indah dan kukuh. Seni bina ini asal-usulnya dari bangsa itu sendiri. Sebagai contoh, kampung Melayu penuh dengen kesenian melayu terutama pada ukiran-ukiran kayu, beranda, rumah ibu, teratak dan lain-lain lagi. Pelbagai jenis rumah kampung tradisional yang masih mengekalkan seni bina dan ukiran melayu lama.

Perkara yang menjadi persoalan di sini ialah Mengapa Kampung-kampung terutama kampung Melayu dan India di Pulau Pinang di musnah dan dihapuskan begitu saja. Baik parti pembangkang mahupun parti kerajaan, masing-masing tidak peka dengan masalah ini. Bahkan Kampung Cina pula dimasukkan dalam senarai Warisan Dunia. Apa ini? Tidak ada pula yang berani untuk cuba mengusik dan meruntuhkan kampung ini. Kebanyakan kampung Cina terutama di kawasan bandar Georgetown yang dipilih antara Bandar Warisan dunia masih mengekalkan kesenian binaannya bahkan turut dibaikpulih semula. Bagaimana pula dengan Kampung Melayu terutama di Tanjung Tokong dan Kampung Buah Pala oleh orang India. ? Terbiar, Kotor, Usang dan kebanyakan rumah kampung ini hanya tunggu untuk menyembah bumi. Apa peranan Kerajaan Negeri?

Kebanyakan Kampung Melayu dan India lesap begitu saja disebabkan pembangunan rumah berkos tinggi untuk golongan kaya di kawasan itu. Manalaka penduduk di kampung tersebut di arah berpindah dengan segera dan hanya di berikan rumah flat berkos rendah. Projek-projek mewah ini pula dimonopoli oleh bangsa cina kerana mereka mampu beli rumah berkos tinggi di kawasan itu. Mana Orang Melayu? Mana orang india? Oh, tinggal di rumah flat saja.

Oleh itu, diharapkan pihak-pihak tertentu memandang serius keadaan ini. Jika kita ada Chinatown, Little India di Pulau Pinang, di mana pula Malay Centre? Kampunglah yang juga menjadi benda warisan yang patut kita simpan dan kekalkan selari dengan arus perubahan. Kampung yang menjadi Warisan Budaya sejak zaman berzaman ini tidak perlu di musnahkan begitu saja kerana dapat menjadi aset kepada negara terutama dalam bidang pelancongan. Di harapkan semua pihak membuka mata dan mengekalkan Warisan Zaman Berzaman ini agar tidak terus hilang di mata dunia dan mengekalkan Kesenian Binaannya. Saya bukanlah mengambil sikap seorang rasis tetapi untuk kemajuan seiring pelbagai kaum untuk kita mencapai 1perpaduan antara kaum 1Malaysia. Marilah berpadu bersama demi kesejahteraan Malaysia.

-Mohamadhakim

Rabu, 17 Februari 2010

Seni Bina Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

(Antara Masjid yang terindah di Malaysia dan di dunia)

Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.

Sejarah

Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul'adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih.

Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. Pembangunan Masjid Ubudiah bermula dari zamanSultan Idris Murshidul Adzam Shah I, Sultan Perak ke-28.

Walau bagaimanapun pembinaannya telah tergendala apabila batu-batu marmar yang dibeli dari Negara Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan baginda danRaja (Sir) Chulan Ibni Sultan Abdullah. Mengikut cerita dengan tidak semena-mena seekor gajah baginda bernama Kulub Chandan dan gembalanya bernama Kulup Sa'id telah berjuang dengan seekor gajah kepunyaan Raja Chulan bernama Kulub Gangga dan gembalanya bernama Uda Debok.

Perjuangan gajah itu telah melarat ke tempat simpanan batu marmar tersebut dan akibatnya, musnahlah batu marmar itu. Perjuangan gajah itu telah berlanjutan hingga berjam-jam lamanya, sehingga Raja Chulan sendiri datang, menyeru nama gajahnya dan memerintahkannya berhenti, maka barulah gajah itu berhenti berjuang, walaupun telah ramai orang yang cuba meleraikan gajah itu tetapi tidak berhasil.

Oleh sebab batu marmar itu telah musnah, maka terpaksalah dipesan semula dari Negara Itali. Tetapi malangnya, batu marmar yang dipesan itu telah lambat sampai oleh kerana cetusan Peperangan Dunia Pertama di Eropah. Batu marmar itu telah dibawa melalui Negara Afrika Selatan. Perbelanjaan pembinaan masjid ini adalah kira-kira $22,000.00.

Pada hari Jumaat, 26 September 1913, Sultan Idris Shah I, telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan yang ke-29, pada tahun 1917.

Arkitek

Arkitek yang ditugaskan mereka bentuk masjid ini ialah Encik Hubbeck, yang menggunakan seni reka Moor dan Encik Caufield, jurutera Negeri Perak, telah ditugas melaksanakan bangunan masjid ini. Seni reka yang diilhamkan oleh Encik Hubbeck telah menjadi Masjid Ubudiah salah satu masjid yang mempunyai nilai seni reka yang bermutu tinggi sehingga ia mendapat tempat dalam peta pelancongan Malaysia.

Reka bentuk

Dari segi reka bentuk iajuga amat menarik. Pelannya telah disediakan oleh Pereka bentuk Kerajaan Negeri-Negeri Melayu, Arthur Benison Hubback dibawah penyeliaan W. S. Huxley. Ia berbentuk octagon dan mempunyai 4 buah menara setinggi 126 kaki serta dikelilingi oleh kubah-kubah di bahagian dalam yang mana tiap-tiap satu garis pusatnya berukuran sepanjang 60 kaki. Bahagian-bahagian dalam dinding dan lantai masjid ini menggunakan batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali dan London.

Bentuk dinding masjid ini memperlihatkan sebuah bangunan berkubah induk besar di tengahnya serta dikelilingi dengan empat buah anjung yang mengandungi sebuah kubah pada pertengahan setiap anjung, lapan buah menara induk dan enam belas menara apit. Jumlah kubah dan menara dikatakan mengambil sempena aturan gelaran Orang Besar-Besar iaitu Orang Besar Ampat, Orang Besar de-lapan dan Orang Besar Enam Belas. Keluasan ruang induknya ialah 20 m x 20 m dan dilingkungi oleh serambi utama selebar 2.5 m yang juga mempunyai sebuah kubah. Sebuah kolah untuk mengambil air sembahyang terletak di sisi timur serambi tersebut.

Masjid Diraja

Sebelum Masjid Sultan ldris Shah II di Ipoh dibina dan dijadikan Masjid Negeri pada 15 November 1968, maka Masjid Ubudiah adalah Masjid Negeri Perak. Masjid Ubudiah sekarang dikenali sebagai Masjid Diraja dan ditadbirkan oleh suatu Jawatankuasa Tadbir Masjid Ubudiah dan dipengerusikan oleh sesiapa yang dilantik oleh Paduka Seri Sultan biasanya penyandang jawatan Orang Kaya Temenggong Paduka Raja mahtlpun jawatan Orang Kaya-kaya SetiaBijaya Diraja dan jawatan Setiausaha diuruskan oleh seorang pegawai kerajaan yang berkhidmat di Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak (Darul Ridzuan).

Tampak Sebelah Kanan

Tampak Sebelah Kiri

Tampak Hadapan Tampak Belakang

Kubah masjid ini berbentuk bawang mengambil motif seni bina India Moghul. Begitu juga dengan kehadiran chatris di setiap menara. Se

lainnya, seperti susunan bata marmar, arch dan belang pada dinding adalah berunsurkan seni bina Moorish.

Terdapat arch bentuk kunci di sekeliling bangunan masjid ini. Ini telah membentuk identiti yang kukuh terhadap elemen seni bina Moorish pada bangunan ini. Ini menunjukkan betapa obsesnya penjajah British terhadap seni bina Moorish di dalam setiap reka bentuk bangunan, sama ada bangunan kerajaan mahu pun masjid di negara ini pada waktu itu. Sesungguhnya pertembungan elemen classical seni bina Islam dan Barat telah menghasilkan suatu objek seni bina yang romantis dan menakjubkan.


Masjid ini dilakar di atas pelan yang berbentuk segi lapan (oktagon). Geometri segi lapan dikembangkan mengikut fungsi penggunaan ruang masjid ini. Segi lapan teras (core) adalah merupakan ruang solat utama. Lapisan segi lapan luaran pula adalah merupakan serambi masjid yang memberi sokongan untuk jemaah solat yang lebih ramai.

Pertambahan ruang telah belaku kepada masjid ini iaitu dengan kehadiran ruang belakang yang lebih luas, berlawanan dengan geometri asal yang bersegi lapan itu. Ruang belakang adalah bersifat empat segi memaksimakan penggunaan tanah yang ada di sekitar masjid. Masjid ini mempunyai tiga anjung utama dan satu anjung di bahagian belakang untuk kaum wanita.

Konklusinya, Masjid yang seindah dan seteguh mana pun tiada bezanya jika tiada pengisian ibadah di dalamnya. Jemaah juga memainkan peranan penting untuk kesatuan dan perpaduan umat Islam sejagat. Kita perlu lebih pentingkan Kuantiti daripada Kualiti sesebuah Masjid. Marilah kita beribadat secara jemaah di Surau-surau atau Masjid-masjid berdekatan. Oleh itu, Masjid didahulukan, Ibadah diutamakan.

Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu, Malaysiana.pnm.my, dan Pejuang Warisan.!

Selasa, 16 Februari 2010

Wasiat Raja-Raja Melayu




Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:


1.Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu;
(sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA)



2.Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;


3.Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;


4.Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;


5.Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;


6.Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.
7.Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Isu Bahasa Melayu yang Terpinggir



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Pada kali ini, saya amat tertarik untuk mengupas lanjut mengenai keadaan Bahasa Melayu yang kelihatan agak terpinggir berbanding bahasa Inggeris yang ketika ini di gunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Malaysia.

Jika diperhatikan, bukan semua rakyat yang berwarganegara MALAYSIA yang tahu dan mahu bertutur dalam Bahasa Melayu. Bahasa Melayu semakin kurang digunakan terutama dalam masyarakat Melayu sendiri yang lebih MENGAGUNG-AGUNGKAN bahasa inggeris untuk berkomunikasi dengan orang lain. Lihatlah saja pemimpin-pimimpin atasan terutamanya Melayu yang berasa BANGGA berbahasa asing dari bahasa sendiri seperti lupa asal-usul nya sendiri. Bahkan di media massa dan media elektronik juga lebih memberikan tumpuan dalam penggunaan Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Melayu.

Dalam mengejar arus kemodenan dan peradaban ini, masyarakat semakin ghairah menghantar anak-anak mereka ke kelas Bahasa Inggeris kerana tidak mahu anak-anak mereka ketinggalan arus perubahan. Namun apa yang menyedihkan ialah tahap penggunaan anak-anak mereka dalam Bahasa Melayu tidak pernah di persoalkan. Mereka lebih sanggup melihat anak-anak mereka petah berbahasa Inggeris berbanding bahasa melayu yang semakin hanyut di telan zaman.

Saya tidak pernah menidakkan Kepentingan Bahasa Inggeris dalam bidang ilmu dan penggunaannya yang semakin meluas di terima masyarakat dunia namun sanggupkan kita mengorbankan bahasa Melayu untuk mengejar arus kemajuan? Kenapa? Adakah penggunaan Bahasa Melayu dalam komunikasi seharian semakin lapuk dan "tidak enak" di tutur dalam dunia yang semakin maju ini?

Untuk pengetahuan anda, saya telah mengikuti program pertukaran pelajar selama setahun di Jerman. Seperkara yang mengagumkan saya ialah kesedaran mereka untuk lebih memartabatkan bahasa ibunda mereka berbanding bahasa lain. Mereka lebih selesa dan bangga dengan bahasa mereka sendiri sehinggakan jika ada pelajar luar atau pelancong asing yang datang ke negara itu perlu belajar bahasa mereka sendiri. Pada mulanya saya tiba dan tinggal di sana bersama keluarga angkat, saya tidak tahu bertutur dalam bahasa Jerman. Saya hanya menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan mereka. Saya berhajat untuk tidak mempelajari bahasa mereka kerana lebih selesa menggunakan bahasa inggeris dengan mereka. Namun tanpa disedari, keadaan ini tidak menyelesakan mereka kerana mereka mahu saya mempelajari bahasa mereka. Oleh itu, saya diberi tempoh (Februari hingga April) 2 bulan untuk bertutur dalam bahasa inggeris sebelum saya perlu bertutur dan belajar dalam bahasa mereka(Bahasa Jerman). Selepas 2 bulan tersebut, saya cuba untuk bertutur dalam bahasa jerman namun ia amat sukar dan memeritkan.
Mereka juga setiap hari akan bertutur dengan saya dalam bahasa Jerman kepada saya. Keadaan ini amat menyakitkan saya kerana perlu belajar Bahasa Jerman yang amat susah berbanding bahasa inggeris sehingga kadang-kadang membuatkan saya berputus asa. Selepas 5 bulan saya belajar mempelajari Bahasa tersebut akhirnya saya dapat berkomunikasi dalam bahasa Jerman dan dapat memahaminya hampir 80%. Usaha saya ini berjaya dan mulai dari saat itu saya terus berkomunikasi dalam bahasa Jerman sehingga membuatkan penggunaan bahasa Inggeris saya semakin merosot. Seperkara yang terus dalam ingatan saya ialah selepas pulang dari sekolah untuk menaiki sebuah bas. Ketika itu, saya tidak tahu bertutur dalam bahasa Jerman dan saya berasa ragu-ragu adakah bas yang saya akan naiki itu sampai ke rumah saya. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk bertanya kepada Pemandu Bas mengenai hal itu dalam bahasa inggeris. Namun ia amat menghampakan apabila pemandu bas menjawab dalam Bahasa Jerman dalam keadaan marah dan saya memang tidak faham. Saya membuat keputusan untuk terus saja keluar dari bas tersebut. Akhirnya saya membuat keputusan untuk berjalan kaki saja untuk balik ke rumah. Peristiwa itu sentiasa berlegar-legar dalam fikiran saya sebagai kenangan yang pahit di Jerman.

Saya amat berbangga dengan mereka di atas pelbagai usaha mereka memartabatkan bahasa ibunda mereka daripada bahasa yang lain. Bukan setakat di negara Jerman saja, namun di negara Jepun, Korea, China, Itali, Perancis, Russia dan di negara yang berdekatan kita juga , Thailand. Kita perlu mempelajari bahasa mereka terlebih dahulu sebelum belajar di negara mereka. Tetapi apakah situasi yang sama ini akan dihadapi oleh pelajar-pelajar asing yang ingin menyambung pelajaran di Malaysia?! Tentunya TIDAK kerana kita lebih SANGGUP menagung-agungkan Bahasa Inggeris dari Bahasa Melaayu.

Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan semakin terbatas. Bahkan buku-buku dalam Bahasa Melayu juga kini sukar di dapati memenuhi Kedai-kedai buku. Pengambilalihan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan harian (Termasuk temuduga dan urusan pejabat) menyebabkan penggunaan bahasa Melayu terbantut dan menyedihkan. Malah ada yang berpendapat bahawa Bahasa Melayu tidak sesuai dan rendah tarafkan untuk kebanyakan urusan harian. Sedar tidak sedar, Bahasa Melayu yang diuar-uarkan sebagai Bahasa Kebangsaan hanya tinggal nama. Pemimpin atasan hanya cuma pandai tanam tebu di tepi bibir untuk menjadikan bahasa perututuran rakyat malaysia namun semuanya sebaliknya.

Kini kita boleh lihat saja kebanyakan anak-anak muda lebih selesa berututur seharian dalam bahasa Inggeris atau Manglish (Melayu+English). Saya tidak dapat bayangkan penggunaan Bahasa Melayu 10 atau 20 tahun lagi yang saya rasakan tidak akan wujud lagi. Bahasa Melayu juga tidak diiktiraf Dunia berbanding Bahasa Indonesia. Jika kita lihat dalam sudut pandang sejarah, faktanya Bahasa Indonesia itu tidak pernah wujud. Bahasa Melayu adalah bahasa Rasmi seluruh Nusantara sebelum kemunculan Bahasa Indonesia. Bahasa Indonesia muncul apabila Presiden Indonesia ketika itu, Sukarno yang ingin membezakan Bahasa Melayu Malaysia dan Bahasa Melayu Indonesia kerana permusuhan yang berlaku kerana perebutan Sarawak dan Sabah dari Malaysia. Sejak itu, Bahasa Melayu lama diperbaharui dan diubah sedikit demi sedikit dan di ubah namanya dari Bahasa Melayu ke Bahasa Indonesia. Kini tertera di depa mata kita sendiri bahawa Bahasa Indonesia lebih di hargai dan di martabatkan seluruh dunia berbanding Bahasa Melayu.

Jika kita lihat Pemimpin-pemimpin dari Eropah seperti yang dinyatakan tadi yang memartabatkan bahasa mereka sendiri sehinggakan di mesyuarat sedunia pun mereka menggunakan bahasa ibunda mereka dan hanya menggunakan jurubahasa untuk menterjemahkan bahasa mereka. Ingatlah bahawa Bahasa melambangkan Bangsa. Sesuatu Bangsa itu akan teguh kerana bahasanya.

Kesimpulannya, kita perlu memartabatkan Bahasa Melayu kita sendiri tidak kira dalamMasyarakat Melayu sendiri atau Masyarakat Cina atau Masyarakat India atau lain. Di samping itu, kita mantapkanlah penggunaan Bahasa Inggeris. Janganlah kita ambil sikap acuh tidak acuh dalam perkara ini yang akan membawa bencana lebih besar lagi. Martabatkan Bahasa Melayu dan Marilah Bersama untuk terus berjuang demi Bahasa Ibunda yang tercinta kita ini. Semaikan dalam hati, luhurkan dalam jiwa agar Bahasa Melayu terus di martabatkan di seluruh dunia.

Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa

Anak merak Kampung Cina
Singgah berhenti kepala titi
Emas perak kebesaran dunia
Budi bahasa tak dapat dicari

Anak angsa mati lemas
Mati lemas di air masin
Hilang bahasa kerana emas
Hilang budi kerana miskin

Yang kurik tu kundi
Yang merah saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang

Lebat daun bunga tanjung
Berbau harum bunga cempaka
Adat dijaga pusaka dijunjung
Baru terpelihara adat pesaka

Manis sungguh gula Melaka
Jangan dibancuh dibuat serbat
Sungguh teguh adat pusaka
Biar mati anak jangan mati adat

Anak teruna tiba di darat
Dari Makasar langsung ke Deli
Hidup di dunia biar beradat
Bahasa tidak dijual beli

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh

Nukilan Penuh ikhlas dari Mohamad Hakim (Pejuang Warisan)